- http://www.arkib.gov.my/web/guest/pemasyhuran-kemerdekaan-19571
- http://www.arkib.gov.my/web/guest/pengisytiharan-kemerdekaan-tanah-melayu
- Kemerdekaan 1957 | Latar Belakang Kemerdekaan
- Buku Teks Tingkatan 3 & 4
- Merdeka! ( Author : Khong Kim Hoong)
- Meniti Lautan Gelora (Memoir Politik ) Author: Said Zahari
Wednesday, 31 August 2016
Rujukan
Kesimpulan
Tanah Melayu akhirnya berjaya memperoleh kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 setelah dijajah oleh kuasa-kuasa asing selama 446 tahun. Kemerdekaan bererti tamatnya tempoh penjajahan di Tanah Melayu dan rakyat boleh memerintah mengikut corak kehidupan mereka sendiri tanpa terikat lagi kepada kuasa asing. Kemerdekaan yang diperolehi adalah melalui proses perundingan dengan pihak Inggeris. Orang Melayu pula telah menunjukkan tolak ansurnya yang paling maksimum sehingga mengorbankan hak ketuanan mereka di bumi sendiri. Walau bagaimanapun, orang Melayu telah tidak dapat menahankan konsep jus soli yang ditentang mereka sejak penubuhan Malayan Union lagi. Dari tempoh 31 Ogos 1957 sehingga 31 Ogos 1958 kaum-kaum bukan Melayu telah diberikan pengecualian perlunya mengetahui bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Ini merupakan satu kelonggaran yang istimewa untuk tempoh satu tahun. Ia bolehlah dianggap sebagai satu hadiah atau pengecualian yang istimewa kepada kaum bukan Melayu. Dalam tempoh setahun ini jugalah MCA telah menjalankan kempen berhabis-habisan hingga lebih daripada 800,000 orang bukan Melayu telah menjadi rakyat Persekutuan Tanah Melayu secara automatik.
Pengajaran/Kesan daripada Proses Kemerdekaan
Tarikh 31 Ogos diabadikan saban tahun sebagai satu tarikh yang penuh bersejarah bagi seluruh rakyat Malaysia tidak mengira usia, keturunan, bangsa dan agama. Sesiapa sahaja yang merupakan rakyat Malaysia akan berasa bangga apabila tiba sahaja hari terakhir di dalam bulan Ogos ini.
Jika dahulu sambutan mungkin dijalankan hanya pada tarikh 31 Ogos ini, tetapi kini sambutannya adalah selama sebulan. Sambutan kemerdekaan selama sebulan ini, yang dikenali sebagai Bulan Kemerdekaan, diadakan bagi tujuan mengingatkan kembali pengorbanan generasi terdahulu yang telah berjuang untuk memastikan anak cucu mereka (iaitu kita semua yang ada hari ini) dapat hidup dalam suasana bebas, aman, makmur dan merdeka. Itulah harapan generasi pejuang kemerdekaan agar keturunan mereka tidak akan dijajah dan dibelenggu oleh kuasa luar.
Sebenarnya, perkara yang lebih utama dalam menyambut ulang tahun kemerdekaan negara ini adalah bagi semua rakyat Malaysia untuk menterjemahkan sambutan ini ke dalam bentuk penghayatan, kesedaran dan kesyukuran. Slogan, laungan merdeka dan cuti umum tidak membawa apa-apa kesan jika rakyatMalaysiatidak menghayati dengan penuh kesedaran dan kesyukuran nilai merdeka yang sebenarnya.
Penghayatan kemerdekaan bukan sekadar melaung-laungkan perkataan merdeka, tetapi juga bermaksud penghayatan dan pemahaman maksud dan kepentingan kemerdekaan yang dikecapi ini. Kesedaran tentang kemerdekaan bukan sahaja bermakna kita tahu bila dan di mana sambutan kemerdekaan diadakan, tetapi juga bermakna kita sedar bahawa kemerdekaan ini wajib dipertahankan kerana negara kita boleh dijajah kembali. Mensyukuri kemerdekaan bukan sahaja bererti kita gembira dengan kemerdekaan yang dikecapi, tetapi juga bererti kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t. atas anugerah kemerdekaan yang begitu berharga ini.
Inilah yang perlu dilakukan oleh generasi pascamerdeka sebenarnya, iaitu menghayati, menyedari dan mensyukuri kemerdekaan yang tidak ternilai harganya ini. Hakikatnya, generasi hari ini tidak melalui kesusahan, kepayahan dan kegetiran zaman sebelum merdeka, baik zaman penjajahan Inggeris mahupun zaman pendudukan tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua.
Generasi pascamerdeka hanya mengetahui tentang zaman sebelum merdeka dari buku-buku sejarah. Mungkin kerana tidak dapat menghayati sendiri erti kemerdekaan yang sebenar, maka ada di kalangan generasi pascamerdeka ini yang mengambil mudah sambutan ulang tahun kemerdekaan negara.Ada yang menganggap tarikh 31 Ogos hanya satu cuti umum semata-mata. Ini sememangnya amat menyedihkan kerana ketiadaan penghayatan kemerdekaan yang sebenar boleh mengundang penjajah kembali ke negara kita.
Kita perlu sedar bahawa penjajahan yang boleh berlaku ini tidak lagi sama seperti bentuk penjajahan ketenteraan seperti suatu masa dahulu. Walaupun penjajahan bentuk lama ini masih lagi boleh berlaku seperti yang kita lihat berlaku di sesetengah negara di dunia ini, hakikatnya penjajahan bentuk baru lebih merbahaya. Ini kerana penjajahan bentuk baru berlaku secara halus, tersembunyi dan tidak disedari. Antara bentuk penjajahan bentuk baru ialah penjajahan pemikiran, budaya dan ekonomi.
Atas sebab inilah maka generasi pascamerdeka ini perlu lebih berhati-hati berbanding dengan generasi terdahulu. Serangan ketenteraan dapat dilihat dan ditentang kembali. Persoalannya jika serangan yang dilakukan itu dalam bentuk serangan pemikiran, budaya dan ekonomi, bagaimana mungkin kita menangkisnya?
Generasi pascamerdeka yang diracuni pemikiran menerusi penjajahan bentuk baru akan memperjuangkan nilai-nilai Barat yang bertentangan dengan nilai-nilai Islam dan nilai-nilai ketimuran. Hakikatnya peradaban Barat sudah mula terhakis nilai-nilai murninya. Tidak wujud lagi sebenarnya peradaban Barat, yang ada mungkin adalah “perbiadaban” Barat yang menjunjung nilai-nilai songsang yang merosakkan institusi kekeluargaan dan kemasyarakatan.
Keracunan pemikiran akibat penjajahan bentuk baru ini seterusnya boleh menyebabkan pencemaran budaya. RakyatMalaysiaamat berbangga dengan kepelbagaian budaya dan adat resam pelbagai bangsa. Keunikan ini boleh terhakis jika penjajahan budaya yang terkesan dari proses globalisasi membawa masuk budaya-budaya negatif yang membawa kerosakan.
Penjajahan ekonomi juga tidak kurang bahayanya. Jika kita imbas kembali kepada kegawatan ekonomi di tahun-tahun terakhir 1990an, kita bersyukur kerana kita tidak membuat kesilapan yang sama seperti negara-negara lain di rantau Asia Timur ini dengan menerima “ubat” yang ditawarkan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia. Apa yang disangka “ubat” sebenarnya “racun” yang dijadikan senjata untuk mengawal dan mengongkong kedaulatan sebuah negara yang merdeka.
Islam sebenarnya memberikan beberapa pendekatan yang mampu untuk memastikan kelangsungan kemerdekaan yang dikecapi oleh negara kita. Pendekatan-pendekatan ini perlu dilaksanakan oleh generasi pascamerdeka yang merupakan majoriti pendudukMalaysiahari ini. Di atas bahu generasi inilah terletaknya amanah dan tanggungjawab untuk memastikan agar negara kita akan terus merdeka dan makmur.
Islam turut menganjurkan supaya kita mempersiapkan diri, masyarakat dan negara dengan segala jenis kekuatan. Dalam kata lain, kekuatan yang perlu dibina itu bukan sahaja dari aspek ketenteraan, tetapi juga dari aspek kekuatan ekonomi, politik, sosial dan ilmu pengetahuan. Hanya dengan kekuatan dalaman sahajalah yang akan dapat membantu mempertahankan kemerdekaan negara.
Aspek perpaduan juga perlu diberikan perhatian yang sewajarnya oleh generasi pascamerdeka. Di dalam sebuah hadis, baginda Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Antara seorang Mukmin dengan seorang Mukmin yang lain adalah seperti sebuah binaan, di mana satu bahagian memperkukuhkan bahagian yang lain”. Jika diterjemahkan hadis ini dalam konteksMalaysia, jelas kepada kita bahawa kita perlu mewujudkan kesepaduan dan kesepakatan yang jitu. Jika kita berpecah-belah dan bercakaran sesama sendiri, nescaya ini akan memudahkan pencerobohan musuh ke atas negara kita.
Adalah penting bagi generasi pascamerdeka untuk menghayati dan memahami sejarah silam. Kejatuhan Empayar Melayu Melaka adalah kerana perselisihan dalaman dan perebutan kuasa. Akibatnya Portugis menyerang dan berjaya menjajah Melaka. Bermula dari detik hitam dalam tahun 1511 itu, negara terpaksa menunggu 446 tahun sebelum kembali merdeka.
Kita mengambil masa 446 tahun lamanya untuk kembali merdeka. Kini kita baru merasai nikmat kemerdekaan ini selama 59 tahun. Sanggupkah kita menggadaikan kemerdekaan ini sekali lagi?
Jika dahulu sambutan mungkin dijalankan hanya pada tarikh 31 Ogos ini, tetapi kini sambutannya adalah selama sebulan. Sambutan kemerdekaan selama sebulan ini, yang dikenali sebagai Bulan Kemerdekaan, diadakan bagi tujuan mengingatkan kembali pengorbanan generasi terdahulu yang telah berjuang untuk memastikan anak cucu mereka (iaitu kita semua yang ada hari ini) dapat hidup dalam suasana bebas, aman, makmur dan merdeka. Itulah harapan generasi pejuang kemerdekaan agar keturunan mereka tidak akan dijajah dan dibelenggu oleh kuasa luar.
Sebenarnya, perkara yang lebih utama dalam menyambut ulang tahun kemerdekaan negara ini adalah bagi semua rakyat Malaysia untuk menterjemahkan sambutan ini ke dalam bentuk penghayatan, kesedaran dan kesyukuran. Slogan, laungan merdeka dan cuti umum tidak membawa apa-apa kesan jika rakyatMalaysiatidak menghayati dengan penuh kesedaran dan kesyukuran nilai merdeka yang sebenarnya.
Penghayatan kemerdekaan bukan sekadar melaung-laungkan perkataan merdeka, tetapi juga bermaksud penghayatan dan pemahaman maksud dan kepentingan kemerdekaan yang dikecapi ini. Kesedaran tentang kemerdekaan bukan sahaja bermakna kita tahu bila dan di mana sambutan kemerdekaan diadakan, tetapi juga bermakna kita sedar bahawa kemerdekaan ini wajib dipertahankan kerana negara kita boleh dijajah kembali. Mensyukuri kemerdekaan bukan sahaja bererti kita gembira dengan kemerdekaan yang dikecapi, tetapi juga bererti kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t. atas anugerah kemerdekaan yang begitu berharga ini.
Inilah yang perlu dilakukan oleh generasi pascamerdeka sebenarnya, iaitu menghayati, menyedari dan mensyukuri kemerdekaan yang tidak ternilai harganya ini. Hakikatnya, generasi hari ini tidak melalui kesusahan, kepayahan dan kegetiran zaman sebelum merdeka, baik zaman penjajahan Inggeris mahupun zaman pendudukan tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua.
Generasi pascamerdeka hanya mengetahui tentang zaman sebelum merdeka dari buku-buku sejarah. Mungkin kerana tidak dapat menghayati sendiri erti kemerdekaan yang sebenar, maka ada di kalangan generasi pascamerdeka ini yang mengambil mudah sambutan ulang tahun kemerdekaan negara.Ada yang menganggap tarikh 31 Ogos hanya satu cuti umum semata-mata. Ini sememangnya amat menyedihkan kerana ketiadaan penghayatan kemerdekaan yang sebenar boleh mengundang penjajah kembali ke negara kita.
Kita perlu sedar bahawa penjajahan yang boleh berlaku ini tidak lagi sama seperti bentuk penjajahan ketenteraan seperti suatu masa dahulu. Walaupun penjajahan bentuk lama ini masih lagi boleh berlaku seperti yang kita lihat berlaku di sesetengah negara di dunia ini, hakikatnya penjajahan bentuk baru lebih merbahaya. Ini kerana penjajahan bentuk baru berlaku secara halus, tersembunyi dan tidak disedari. Antara bentuk penjajahan bentuk baru ialah penjajahan pemikiran, budaya dan ekonomi.
Atas sebab inilah maka generasi pascamerdeka ini perlu lebih berhati-hati berbanding dengan generasi terdahulu. Serangan ketenteraan dapat dilihat dan ditentang kembali. Persoalannya jika serangan yang dilakukan itu dalam bentuk serangan pemikiran, budaya dan ekonomi, bagaimana mungkin kita menangkisnya?
Generasi pascamerdeka yang diracuni pemikiran menerusi penjajahan bentuk baru akan memperjuangkan nilai-nilai Barat yang bertentangan dengan nilai-nilai Islam dan nilai-nilai ketimuran. Hakikatnya peradaban Barat sudah mula terhakis nilai-nilai murninya. Tidak wujud lagi sebenarnya peradaban Barat, yang ada mungkin adalah “perbiadaban” Barat yang menjunjung nilai-nilai songsang yang merosakkan institusi kekeluargaan dan kemasyarakatan.
Keracunan pemikiran akibat penjajahan bentuk baru ini seterusnya boleh menyebabkan pencemaran budaya. RakyatMalaysiaamat berbangga dengan kepelbagaian budaya dan adat resam pelbagai bangsa. Keunikan ini boleh terhakis jika penjajahan budaya yang terkesan dari proses globalisasi membawa masuk budaya-budaya negatif yang membawa kerosakan.
Penjajahan ekonomi juga tidak kurang bahayanya. Jika kita imbas kembali kepada kegawatan ekonomi di tahun-tahun terakhir 1990an, kita bersyukur kerana kita tidak membuat kesilapan yang sama seperti negara-negara lain di rantau Asia Timur ini dengan menerima “ubat” yang ditawarkan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia. Apa yang disangka “ubat” sebenarnya “racun” yang dijadikan senjata untuk mengawal dan mengongkong kedaulatan sebuah negara yang merdeka.
Islam sebenarnya memberikan beberapa pendekatan yang mampu untuk memastikan kelangsungan kemerdekaan yang dikecapi oleh negara kita. Pendekatan-pendekatan ini perlu dilaksanakan oleh generasi pascamerdeka yang merupakan majoriti pendudukMalaysiahari ini. Di atas bahu generasi inilah terletaknya amanah dan tanggungjawab untuk memastikan agar negara kita akan terus merdeka dan makmur.
Islam turut menganjurkan supaya kita mempersiapkan diri, masyarakat dan negara dengan segala jenis kekuatan. Dalam kata lain, kekuatan yang perlu dibina itu bukan sahaja dari aspek ketenteraan, tetapi juga dari aspek kekuatan ekonomi, politik, sosial dan ilmu pengetahuan. Hanya dengan kekuatan dalaman sahajalah yang akan dapat membantu mempertahankan kemerdekaan negara.
Aspek perpaduan juga perlu diberikan perhatian yang sewajarnya oleh generasi pascamerdeka. Di dalam sebuah hadis, baginda Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Antara seorang Mukmin dengan seorang Mukmin yang lain adalah seperti sebuah binaan, di mana satu bahagian memperkukuhkan bahagian yang lain”. Jika diterjemahkan hadis ini dalam konteksMalaysia, jelas kepada kita bahawa kita perlu mewujudkan kesepaduan dan kesepakatan yang jitu. Jika kita berpecah-belah dan bercakaran sesama sendiri, nescaya ini akan memudahkan pencerobohan musuh ke atas negara kita.
Adalah penting bagi generasi pascamerdeka untuk menghayati dan memahami sejarah silam. Kejatuhan Empayar Melayu Melaka adalah kerana perselisihan dalaman dan perebutan kuasa. Akibatnya Portugis menyerang dan berjaya menjajah Melaka. Bermula dari detik hitam dalam tahun 1511 itu, negara terpaksa menunggu 446 tahun sebelum kembali merdeka.
Kita mengambil masa 446 tahun lamanya untuk kembali merdeka. Kini kita baru merasai nikmat kemerdekaan ini selama 59 tahun. Sanggupkah kita menggadaikan kemerdekaan ini sekali lagi?
Senarai Perdana Menteri Malaysia (1957-2016)
Perdena Menteri Malaysia

Tunku Abdul Rahman
(Perdana Pertama)
Tun Abdul Razak
(Perdana Menteri Kedua)

Tun Hussein Onn
(Perdana Menteri Ketiga)

Tun Mahathir Mohammad
(Perdana Menteri Kelima)

Tun Abdullah Ahmad Badawi
(Perdana Menteri Kelima)

Dato Seri Najib Bin Tun Razak
(Perdana Menteri keenam/kini)
Erti Kemerdekaan
Kemerdekaan ialah pemerintahan sendiri oleh penduduk-penduduk sebuah negara yang secara amnya menuntut kedaulatan. Istilah kemerdekaan digunakan untuk membezakan dengan penaklukan yang merujuk kepada sesuatu kawasan sebagai "wilayah" yang dikawal oleh sebuah kerajaan luaran dari segi politik dan tentera. Perkataan ini kekadang juga digunakan dalam erti kata yang lebih lemah untuk membezakan dengan hegemoni yang merupakan kawalan sebuah negara secara tak langsung oleh sebuah negara yang lebih kuat. Kemerdekaan boleh merupakan taraf permulaan bagi sebuah negara muncul (sering kali untuk mengisi kekosongan politik), tetapi sering merupakan pembebasan daripada kuasa yang mendominasi kawasan itu.
Dari segi negatif, kemerdekaan juga boleh ditakrifkan sebagai keadaan yang tidak dikuasai oleh kuasa yang lain melalui penjajahan, dasar peluasan kuasa atau imperialisme. Kemerdekaan boleh diperoleh melalui penyahjajahan, pemisahan atau pembahagian. Walaupun ketiga-tiga ini sering berbetulan dengan kemerdekaan, ketiga-ketiga ini harus tidak dikelirukan dengan pemberontakan yang biasanya merujuk kepada penggulingan pihak berkuasa secara ganas. Ini kekadang hanya bertujuan untuk pengagihan semula kuasa dengan atau tanpa unsur pembebasan seperti dalam kes pendemokrasian di dalam sebuah negara dan oleh itu, bentuk negara itu tidak berubah. Umpamanya, Revolusi Oktober Rusia tidak bertujuan untuk memperoleh kemerdekaan negara; sebaliknya Perang Revolusi Amerika Syarikat bertujuan sedemikian.
Terdapat banyak sebab mengapa sebuah negara atau wilayah hendak menuntut kemerdekaan. Kekecewaan terhadap pihak berkuasa merupakan alasan yang sering dikemukakan oleh gerakan-gerakan pengikut faham pemisahan, tetapi kesusahan ekonomi biasanya adalah yang mencetuskan tindakan gerakan-gerakan ini. Cara untuk menuntut kemerdekaan berbeza-beza dari tunjuk perasaan yang aman ke perang saudara yang ganas. Tarikh kemerdekaan (atau kekadangnya permulaan pemberontakan) biasanya dirayakan sebagai hari kelepasan negara yang dikenali sebagai hari kemerdekaan.
Pengisytiharan kemerdekaan
Pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu merupakan peristiwa pengumuman kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Tarikh ini dipilih dalam mesyuarat antara Ketua Pemuda UMNO Tun Sardon Jubir dan timbalannya Haji Ahmad Badawi (bapa Perdana Menteri Malaysia kini) di Kepala Batas, Pulau Pinang pada 1956. Mufti Pulau Pinang, Haji Abdullah Fahim (bapa Haji Ahmad Badawi) turut ikut serta dalam perbincangan tersebut.
Sebelum pemasyhuran kemerdekaan Tanah Melayu dibuat, pada 30 Ogos 1957 pukul 12.00 tengah malam di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur, telah diadakan upacara menurunkan bendera Union Jack bagi menandakan berakhirnya penjajahan British di Tanah Melayu dan lahirnya sebuah negara baru yang berdaulat, setaraf dan setimpal dengan semua negara-negara yang berdaulat di dunia. Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan oleh beberapa orang pemuda UMNO sambil disaksikan sendiri oleh Tunku Abdul Rahman.
Pada 31 Ogos 1957 bertempat di stadium yang baru dirasmikan iaitu Stadium Merdeka, Kuala Lumpur telah menyaksikan peristiwa bersejarah bagi Tanah Melayu iaitu secara rasminya penyerahan pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu daripada pemerintahan British kepada warganegara Tanah Melayu. Hujan lebat yang turun sejak 3 pagi menyukarkan pergerakan dan sehingga 6.30 pagi, stadium masih belum dipenuhi oleh pengunjung. Ini menyebabkan upacara telah ditangguhkan selama sejam dan pengumuman majlis bermula kedengaran bukan pada pukul tujuh seperti yang dijangka tetapi pada pukul lapan. 2,000 orang tentera Persekutuan menumpang di sekolah-sekolah berhampiran stadium sebelum itu berarak dalam hujan dan tujuh batalion yang membuat perarakan ketika itu iaitu Rejimen Persekutuan, Skuadron Isyarat, Skuadron Jurutera, Tentera Laut Diraja Tanah Melayu, Tentera Laut Simpanan Diraja Tanah Melayu dan Askar Sivil Persekutuan. Pada pukul 8, para media telah diberi pengumuman untuk bersedia dan semua peralatan kamera dan media ketika itu dipasang dengan perlindungan plastik atau pelapik kalis air lain di sekitar padang yang lembap. Kebetulan, hujan reda yang memungkin segala persiapan sebelum upacara bermula dapat dijalankan dengan mudah. Pengunjung bertambah ramai untuk menyaksikan upacara bersejarah ini.
Adikung Duke membawa watikah perlembagaan yang menyatakan pengunduran daripada perlindungan British terhadap negeri-negeri Melayu dan kedaulatan terhadap Pulau Pinang dan Melaka. Raja-raja Melayu mula melangkah ke pentas dan Duke mengambil tempat di depan pentas sambil menerima hormat diraja sambil diiringi oleh Sir Donald MacGillivray. Ketika itu merupakan kali terakhir satu-satu upacara negara menyanyikan lagi kebangsaan British di Persekutuan Tanah Melayu. Kemudian, baginda Duke membacakan perutusan daripada baginda Ratu Elizabeth II akan pernyataan baginda yang mengalukan kemasukan Persekutuan ke dalam Komanwel dan mendoakan kejayaan negara ini. Kemudian, Perdama Menteri Tunku Abdul Rahman bangun dari tempat duduknya dan menerima watikah perlembagaan sebagai lambang penyerahan kuasa pemerintahan sepenuhnya kepada Persekutuan Tanah Melayu. Duke mengambil tempat duduk dan Tunku mulakan ucapannya dalam bahasa Inggeris. Setelah Tunku mengucapkan penghargaan kepada Great Britain akan pertolongan untuk mencapai kemerdekaan, beliau mula membaca teks "Pengisytiharan Kemerdekaan".
Pengisytiharan itu disambut dengan laungan "MERDEKA" 7 kali sebagai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama di hadapan 20 ribu rakyat Persekutuan Tanah Melayu dan Raja-rajanya serta perwakilan dari 30 negara-negara Komanwel dan negara-negara asing lainnya. Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan dengan iringan Lagu Kebangsaan Negaraku yang buat pertama kalinya diperdengarkan secara rasmi dalam sebuah negara baru. Diikuti pula selepas itu dengan seruan azan sebagai simbolik lahirnya sebuah negara yang baru dan tembakan meriam seratus satu das. Dengan pengisytiharan itu, maka berakhirlah penjajahan Inggeris dan kuasa Baginda Ratu ke atas Persekutuan Tanah Melayu termasuk Pulau Pinang dan Melaka iaitu sejak lebih 170 tahun. Pada hari itu juga Pesuruhjaya Tinggi British terakhir di Persekutuan Tanah Melayu, Sir Donald MacGillivray dan isterinya telah meninggalkan negara ini dan pulang ke England.
Antara barisan pertama Perwakilan Asing datang ke Tanah Melayu ialah:
• Raja dan Permaisuri Siam
• Putera dan Puteri Mahkota Jepun
• Johannes Gerhardus Strijdom, Perdana Menteri Afrika Selatan
• Jawaharlal Nehru, Perdana Menteri India
• Huseyn Shaheed Suhrawardy, Perdana Menteri Pakistan
• Pham Van Dong, Perdana Menteri Vietnam
• Solomon Bandaranaike, Perdana Menteri Ceylon (Sri Lanka)
• U Nu, Perdana Menteri Burma
• Sim Var, Perdana Menteri Kemboja
• Sir Alexander Grantham, Gabenor Hong Kong
• John Foster Dulles, Setiausaha Negara Amarika Syarikat
• Duta Australia, Kanada dan New Zealand
• Lim Yew Hock, Ketua Menteri Singapura
• Putera Henry, Duke of Gloucester (wakil Ratu Elizabeth II), Puteri Alice, Duchess of Gloucester dan Putera William of Gloucester
• Sir Gerald Templer (bekas Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu)
• Lady Gurney dan Lady Gent (isteri bekas Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu)
Proses Menuntut Kemerdekaan
Pada Januari 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai satu rombongan mengandungi empat wakil dari Parti Perikatan dan empat wakil dari Majlis Raja-Raja bertolak ke London, untuk membincangkan tentang kemerdekaan Tanah Melayu. Selepas tiga minggu mengadakan rundingan, pada 8 Februari Tunku menandatangani Perjanjian Kemerdekaan London. Kerajaan British bersetuju memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 31 Ogos tahun berikutnya. Sekembalinya Tunku dan rombongannya dari London, berita gembira itu telah disampaikan kepada orang ramai pada satu perhimpunan di Padang Merdeka, Bandar Hilir Melaka - bandar yang telah menyaksikan banyak penjajah datang dan pergi. Berita ini telah disambut dengan penuh kegembiraan oleh semua penduduk Tanah Melayu.
Pada detik 12 malam 31 Ogos 1957, perjuangan menuntut kemerdekaan akhirnya membuahkan hasil, dan impian akhirnya menjadi kenyataan. Di Padang Kelab Selangor (sekarang Dataran Merdeka), bendera Union Jack diturunkan buat kali terakhir di bumi Tanah Melayu dan bendera Tanah Melayu dinaikkan dengan penuh rasa syukur dan bangga. Pada esok harinya, kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan dengan rasminya oleh Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur dengan disaksikan beribu-ribu warganegara, Raja-Raja Melayu, Duke of Gloucester (mewakili Ratu Elizabeth) serta wakil-wakil kerajaan British. Ini adalah satu detik yang sangat penting dalam sejarah tanahair - akhirnya penjajahan yang telah bertapak sejak tahun 1511 telah dapat dihapuskan.
Monday, 29 August 2016
PERKEMBANGAN POLITIK TAHUN 1945-1955
Perkembangan politik di antara tahun 1945 sehingga tahun 1955 memperlihatkan bahawa pihak British mula menunjukkan sikap bertolak ansur. Seperti yang diketahui, pendudukan Jepun di Tanah Melayu selama lebih kurang tiga setengah tahun (1942-1945) telah meninggalkan kesan yang mendalam sama ada dari segi ekonomi, sosial mahupun psikologi kepada masyarakat keseluruhannya. Walau bagaimanapun, apa yang lebih penting untuk anda fahami ialah tempoh pemerintahan Jepun telah menyemarakkan lagi semangat kebangsaan di kalangan orang Melayu dan menafikan anggapan selama ini bahawa kuasa Inggeris tidak dapat dikalahkan.1
Malayan Union yang diperkenalkan oleh Kerajaan British selepas pengunduran tentera Jepun di Tanah Melayu (1946), telah ditentang habis-habisan oleh semua lapisan masyarakat dan pertubuhan Melayu. Orang Melayu sedar akan kerugian dan bencana yang akan mereka terima sekiranya Malayan Union dilaksanakan. Kerajaan British yang sedar akan kebangkitan nasionalisme Melayu, akhirnya tiada pilihan kecuali menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Persekutuan Tanah Melayu dibentuk pada tahun 1948, British telah menyatakan bahawa langkah-langkah ke arah pemerintahan sendiri akan dibuat. Ini menunjukkan bahawa British semakin bersedia untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu.
Sungguhpun demikian, anda harus ingat bahawa pada masa tersebut juga Kerajaan British turut memberikan tumpuan menghapuskan keganasan komunis. Peristiwa darurat yang berlaku (1948-1960) meninggalkan kesan yang mendalam kerana ia bukan sahaja menyebabkan banyak nyawa yang terkorban, tetapi beribu juta ringgit terpaksa dibelanjakan untuk menghapuskannya. Apabila keadaan menjadi semakin bertambah baik menjelang tahun 1955, Kerajaan British telah menyakinkan rakyat ke arah pemerintahan sendiri. Antaranya ialah mengambil beberapa langkah membimbing rakyat ke arah sistem dan pemerintahan berbentuk demokrasi seperti memperkenalkan sistem pengundian dan mengadakan pilihanraya. Sehubungan dengan itu, beberapa parti politik ditubuhkan seperti Malayan Chinese Association (MCA) dan lain-lain yang akan dibincangkan berikutnya.
Perpaduan Kaum
Sebagai satu langkah ke arah kemerdekaan, Kerajaan Inggeris telah menetapkan syarat bahawa semua kaum di Tanah Melayu mesti bersatu terlebih dahulu dalam politik sebelum kemerdekaan dapat diberikan.2 Ini bermakna soal perpaduan kaum adalah syarat yang diutamakan. Dengan adanya perpaduan dan kerjasama dalam politik, perkongsian kuasa boleh dilaksanakan. Keharmonian serta keamanan masyarakat dan negara akan terjamin melalui sokongan padu seluruh rakyat.
Usaha ke Arah Perpaduan
Berhubung dengan persoalan perpaduan kaum, sebenarnya usaha awal telahpun dilaksanakan oleh Dato’ Onn Jaafar. Beliau telah mencadangkan supaya rakyat Tanah Melayu membentuk sebuah pertubuhan yang boleh mewakili semua kaum supaya mereka dapat bekerjasama dan bertolak ansur di antara satu sama lain. Perbincangan telah diadakan dengan Tan Cheng Lock, E.E.C. Thuraisinggam, Malcom Mac Donald dan Roland Braddell. Hasilnya, satu jawatankuasa telah dibentuk yang dikenali sebagai Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum (Communities Liaison Committee). Jawatankuasa ini yang berasaskan tolak ansur antara politik Melayu dan bukan Melayu telah dilaksanakan pada tahun 1949. Ia dianggotai oleh 15 orang yang terdiri daripada tokoh-tokoh penting daripada kaum Melayu, Cina dan India. Penubuhan Jawatankuasa ini sangat besar ertinya kerana ia dapat memupuk persefahaman di antara pemimpin-pemimpin kaum di Tanah Melayu. Persefahaman yang dipupuk melalui perundingan dan perbincangan yang diadakan oleh tokoh-tokoh kaum ini boleh menyelesaikan sebarang permasalahan yang timbul ketika itu.
Selain itu, parti-parti politik juga mengambil inisiatif ke arah mewujudkan perpaduan kaum. Contohnya, kerjasama UMNO, MCA dan ini diikuti dengan MIC untuk bertanding dalam pilihanraya, dan seterusnya membentuk gabungan parti besar yang dinamakan Perikatan. Perbincangan mengenai pilihanraya akan dibincangkan kemudian. Sebelum itu, kita tinjau dahulu mengenai pertumbuhan parti-parti politik menjelang kemerdekaan.
PERTUMBUHAN PARTI-PARTI POLITIK
Selepas Perang Dunia Pertama, sudah ada usaha memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu melalui penubuhan beberapa parti politik. Penubuhan parti-parti politik ini menunjukkan bahawa perkembangan proses politik di Tanah Melayu menjadi semakin rancak lagi. Penubuhan parti-parti politik ini didorong oleh reaksi rakyat terhadap cadangan Malayan Union (1946) oleh Kerajaan British. Ternyata Malayan Union merupakan pemangkin utama penyatuan orang Melayu untuk bertindak menentang cadangan British tersebut.
Mari kita tinjau parti-parti politik yang ditubuhkan di Tanah Melayu menjelang kemerdekaan.
United Malays National Organization (UMNO)
Dato’ Onn Jaafar yang menjadi pengerusi Pergerakan Melayu Johor3 telah mencadangkan supaya diadakan Kongres Melayu bagi menyatukan seluruh masyarakat Melayu untuk menentang Malayan Union. Oleh yang demikian, Kongres Melayu Se-Malaya diadakan pada 1 hingga 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. Kongres tersebut dihadiri oleh 41 buah persatuan Melayu.4 Perlembagaan baru dibuat dan UMNO dengan rasminya ditubuhkan pada 11 Mei 1946. Matlamat awal penubuhan UMNO adalah untuk menentang gagasan Malayan Union dan menyatupadukan orang Melayu di seluruh Tanah Melayu. Pemimpin pertamanya ialah Dato’ Onn Jaafar. Cadangan Dato’ Onn untuk membuka keahlian parti kepada semua bangsa untuk memupuk perpaduan kaum tidak direstui oleh ahli-ahli UMNO. Penentangan dari ahli parti menyebabkan Dato’ Onn meletakkan jawatan pada tahun 1951. Kepimpinan UMNO kemudiannya diambil alih oleh Tunku Abdul Rahman dan menukar konsep perjuangan UMNO dari ‘Hidup Melayu’ kepada ‘Merdeka’.5 Di bawah kepimpinan Tunku Abdul Rahman, beliau cuba menggerakkan segala usaha untuk mencapai kemerdekaan dengan menggabungkan parti-parti politik yang ada sehingga terbentuknya Parti PERIKATAN yang dianggotai oleh UMNO, MCA dan MIC pada tahun 1954. Sejak itu, UMNO menjadi teras utama pergerakan ke arah mencapai kemerdekaan Tanah Melayu.6
Malayan Indian Congress (MIC)
MIC ditubuhkan pada bulan Ogos tahun 1946. Yang Dipertua Kongres yang pertama ialah John A. Thivy. John Thivy pernah terlibat di dalam Persatuan Pusat India di Tanah Melayu dan juga gerakan kemerdekaan India. MIC bermula dengan penggabungan persatuan-persatuan India yang terdapat di Tanah Melayu. Hasil daripada penggabungan tersebut, maka lahirlah parti MIC. Pada peringkat awal perjuangannya, parti ini bertujuan menyokong perjuangan kemerdekaan di India. MIC juga kurang mendapat sambutan di kalangan orang India di Tanah Melayu. Walau bagaimanapun, selepas India mencapai kemerdekaan pada tahun 1947, MIC lebih memberikan tumpuan kepada kegiatan politik di Tanah Melayu. Selain itu, parti MIC juga bermatlamat mengenengahkan isu-isu kerakyatan yang merupakan satu daripada isu utama di Tanah Melayu. Dapatlah dikatakan bahawa matlamat utama penubuhannya ialah untuk menjaga kepentingan politik, ekonomi, dan sosial kaum India di Tanah Melayu dan juga menjadi saluran bekerjasama dengan kaum lain untuk memperjuangkan kemajuan politik. MIC pernah menyertai parti serpihan yang ditubuhkan oleh Dato’Onn setelah beliau keluar daripada UMNO. Walau bagaimanapun, MIC kurang bernasib baik kerana parti pimpinan Dato’ Onn tidak berapa berjaya dalam pilihanraya 1952. Apabila MIC bergabung dalam Parti Perikatan pada tahun 1955, barulah parti ini mendapat sambutan daripada orang India di seluruh Tanah Melayu.
Malayan Chinese Association (MCA)
MCA ditubuhkan dengan rasminya pada bulan Februari 1949 atas idea British bagi membolehkan sebahagian orang Cina menyokong British dalam menghadapi darurat. Sebenarnya, pada penghujung tahun 1930an, Parti Komunis Malaya (PKM) merupakan satu-satunya parti yang disertai oleh kebanyakan orang Cina. Presiden MCA yang pertama ialah Tan Cheng Lock. MCA ditubuhkan dengan matlamat untuk melindungi hak dan kepentingan ekonomi, politik, dan sosial kaum Cina di Tanah Melayu. Pada masa yang sama, MCA berjanji akan bekerjasama dengan kerajaan untuk mematahkan kegiatan komunis. Penubuhan MCA juga membuktikan kepada kerajaan Inggeris akan kesetiaan kaum Cina terhadap Tanah Melayu. Adalah diharapkan dengan demikian kaum Cina akan bekerjasama dengan kaum-kaum lain untuk memperoleh kemerdekaan.
Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)
PKMM ditubuhkan pada bulan Oktober 1945 di Ipoh, Perak, hasil rundingan dan persetujuan dua kumpulan pemuda, iaitu dari golongan Ahmad Boestamam dan golongan Mokhtaruddin Lasso.7 PKMM bermatlamat untuk melahirkan kesedaran politik dan menyatukan bangsa Melayu di Tanah Melayu dan di Indonesia. Berikutan dengan penubuhan UMNO pada tahun 1946, sedikit sebanyak menggugat PKMM. PKMM kemudian turut serta sebagai anggota UMNO buat seketika. Berikutan dengan percanggahan pendapat berkaitan ideologi, kepimpinan, dan soal bendera, PKMM kemudian keluar dari UMNO. PKMM menjadi semakin lemah setelah ahli-ahlinya ditangkap. Walau bagaimanapun, PKMM telah dibubarkan kemudiannya. Serpihan pimpinan PKMM menubuhkan pula Parti Rakyat Malaya pada tahun 1955.
Parti Islam Se-Malaya (PAS)
PAS ditubuhkan ekoran daripada satu persidangan Persatuan Ulama Se-Malaya yang diadakan di Kuala Lumpur pada 23 Ogos 1951. Parti ini jelasnya ditaja oleh Jabatan Agama UMNO.8 Persatuan Ulama turut dianggotai oleh bekas aktivis agama, dan bekas ahli HAMIM yang diharamkan oleh British. Parti ini telah ditubuhkan pada tahun 1955 dengan matlamat untuk menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi, dan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, serta mengetatkan peraturan kerakyatan.
Parti Kemerdekaan Malaya (IMP)
IMP merupakan parti pelbagai kaum yang pertama dan dipimpin oleh Dato’ Onn Jaafar. Dato’ Onn Jaafar telah keluar dari UMNO dengan semangat ‘perpaduan kaum’ untuk bercantum dengan MCA dan bekas ahli UMNO, serta MIC pada tahun 1951. IMP ditubuhkan setelah usaha Dato’ Onn Jaafar untuk menjadikan UMNO sebagai sebuah parti berbilang kaum ditolak oleh orang Melayu. Sebenarnya, IMP pernah bekerjasama dengan MIC dari tahun 1951 sehingga tahun 1953. MCA di bawah pimpinan Tan Cheng Lock juga pernah menyertai Dato’ Onn. Namun Tan Cheng Lock yang melihat potensi UMNO semakin mendapat sokongan Melayu telah mengecewakan Dato’ Onn Jaafar. Pada tahun 1952, MCA telah bekerjasama dengan UMNO dalam Parti PERIKATAN. Kegagalan IMP menyebabkan Dato’ Onn berpatah balik memperjuangkan kepentingan Melayu melalui Parti Negara. Parti Negara ditubuhkan pada tahun 1955 oleh tokoh politik berbilang kaum. Tetapi kebanyakan ahlinya adalah terdiri daripada orang Melayu. IMP bermatlamat untuk menyatupadukan orang Melayu. Selain itu, IMP ditubuhkan juga untuk mengambil bahagian dalam pilihanraya negeri dan persekutuan yang sedang dirancangkan ketika itu.9
Parti Buruh
Parti Buruh ditubuhkan di Pulau Pinang oleh pemimpin Kesatuan Sekerja atas nama Parti Buruh Pulau Pinang pada 15 Mei 1951. Parti yang sama ditubuhkan di Selangor, Negeri Sembilan, Perak, dan Melaka. Parti-parti ini bergabung membentuk Parti Buruh SeMalaya di bawah pimpinan Mohd. Sopiee Ibrahim. Parti ini merancang untuk mencapai kemerdekaan pada tahun 1964. Parti Buruh kurang mendapat sokongan dari orang ramai mungkin disebabkan terdapat unsur sosiolisme dan komunisme dalam perjuangan parti. Dalam pada itu, orang Melayu enggan memberikan sokongan disebabkan parti ini berfahaman sosiolis yang tidak mahu mengiktiraf hak keistimewaan orang Melayu. Selain itu, pengalaman politik akibat kezaliman komunis pada masa darurat juga membimbangkan rakyat untuk menerima Parti Buruh.10
Sementara parti-parti lain yang ditubuhkan ialah Parti Progresif Perak (PPP). Ia ditubuhkan pada tahun 1953 dipimpin oleh SP dan DR Senivasagam. PPP menyertai Perikatan dan berjaya menguasai Majlis Perbandaran Ipoh atas nama Perikatan UMNO-MCA-PPP. Menjelang pilihanraya tahun 1955, PPP keluar dari Perikatan dan kemudiannya telah menukar nama Parti Progresif Rakyat. Parti lain ialah Parti Radikal pimpinan Dr. Lim Chong Eu, National Association of Perak (NAP) dipimpin oleh Dato Bukit Gantang Abdul Wahab dan Kesatuan Melayu Semenanjung pimpinan Haji Hashim Ghani.
PERUBAHAN DASAR BRITISH KE ARAH BERKERAJAAN SENDIRI
Keadaan politik di Tanah Melayu menjadi semakin rancak ekoran daripada perkembangan penubuhan parti-parti politik ke arah berkerajaan sendiri. Hasrat Kerajaan Inggeris untuk memberikan kemerdekaan dapat di lihat daripada beberapa peristiwa penting yang berlaku pada tahun 1950-an seperti pengenalan Sistem Ahli, Pilihanraya Majlis Tempatan dan Pilihanraya Umum 1955.
Sistem Ahli
Pada tahun 1951, kerajaan British telah memperkenalkan Sistem Ahli dalam Mesyuarat Kerja Persekutuan (Majlis Perundangan Persekutuan). Sistem ini merupakan satu lagi langkah penting ke arah mewujudkan perpaduan kaum. Mereka yang dilantik terdiri daripada beberapa warganegara Persekutuan Tanah Melayu untuk menjadi ahli Majlis serta diberi portfolio bertaraf menteri. Berikut adalah senarai menteri dan jawatan yang disediakan dalam Sistem Ahli.
MENTERI/JAWATAN
1. Dato’ Onn bin Jaafar
Ahli Hal Ehwal Dalam Negeri
2. EEC Thuraisingham
Ahli Pelajaran
3. Tunku Yaakob
Ahli Pertanian dan Perhutanan
4. Lee Tian Keng
Ahli Kesihatan
5. Dato’ Mahmud Mat
Ahli Tanah, Perlombongan dan Perhubungan
6. J.D. Mead
Ahli Kerja Raya dan Perumahan
7. J.D. Hodgkinson
Ahli Perindustrian dan Perhubungan Sosial
8.O.A. Spencer
Hal Ehwal Ekonomi
Seorang ahli lagi bertanggungjawab mengetuai portfolio Keretapi dan Pos—menjadikan jumlah kesemuanya ialah sembilan orang ahli. Berdasarkan kepada senarai ahli di atas, di dapati tokoh-tokoh yang dipilih adalah terdiri daripada semua kaum. Ahli-ahli yang dilantik telah diberi tanggungjawab untuk mengetuai beberapa jabatan kerajaan. Mereka merupakan pemimpin-pemimpin tempatan. Apa yang menariknya ialah sistem ini lebih kurang sama seperti Jemaah Menteri yang ada sekarang di Malaysia. Bezanya cuma pada bidang kuasa mereka yang agak terhad.
Seiring dengan perkembangan pesat parti-parti politik dan perubahan dasar British, satu pilihanraya umum dirasakan perlu ketika itu bagi penduduk Tanah Melayu untuk memilih pemimpin mereka sendiri yang bakal memerintah di Persekutuan Tanah Melayu di masa depan. Ini memandangkan pilihanraya berkenaan adalah bagi memilih anggota perwakilan di peringkat Penguasa Tempatan sebagai latihan kepada demokrasi berparlimen.
Pilihanraya Tahun 1951
Pilihanraya yang pertama telah diadakan pada 1 Disember 1951 bagi memilih perwakilan di peringkat majlis tempatan iaitu bagi Majlis Perbandaran Georgetown, Pulau Pinang. Pilihanraya ini penting kerana pada ketika ini UMNO dan MCA telah bergabung dalam sebuah Parti Perikatan. Perikatan UMNO-MCA yang menjadi sebuah pertubuhan politik yang berpengaruh telah memenangi kesemua sembilan kerusi yang dipertandingkan. Pada tahun 1953, seorang speaker telah dilantik untuk mempengerusikan Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan bagi menggantikan tempat Pesuruhjaya Tinggi British yang tidak lagi menganggotai majlis itu. Ternyata bahawa semua tindakan tersebut dilakukan bagi melatih rakyat tempatan dalam pentadbiran negara sebagai langkah awal ke arah berkerajaan sendiri.
Pilihanraya Tahun 1952
Berikutnya, pada bulan Februari tahun 1952 telah diadakan pula Pilihanraya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur dengan 12 kerusi dipertandingkan. Pilihanraya ini disertai oleh Perikatan UMNO-MCA dan IMP dan calon Bebas. Keputusannya memperlihatkan Perikatan UMNO-MCA memenangi sembilan kerusi. Sementara IMP berjaya memenangi dua kerusi manakala satu kerusi lagi dimenangi oleh calon bebas.
Selain itu, pilihanraya untuk Majlis Bandaran lain turut diadakan pada tahun 1952 seperti di Johor Bahru, Ipoh, Melaka dan Seremban. Manakala pilihanraya pada peringkat negeri diadakan pada tahun 1954.
Wakil-wakil yang terpilih membincangkan perkara-perkara yang melibatkan kepentingan awam di peringkat tempatan. Ini telah memberi pengalaman kepada mereka untuk mentadbir kerajaan dan mendapat pendedahan awal tentang proses pilihanraya. Pilihanraya ini menandakan pembinaan sebuah kerajaan sendiri berlandaskan demokrasi semakin menjadi kenyataan.
Pilihanraya Umum Tahun 1955
Pada tahun 1953, Perikatan UMNO-MCA telah mencadangkan kepada kerajaan British supaya diadakan pilihanraya bagi mewujudkan kumpulan majoriti yang terpilih dalam Majlis Perundangan Persekutuan. Perikatan telah menuntut supaya 60 peratus daripada ahli dipilih melalui pilihanraya, sementara baki sebanyak 40 peratus lagi dilantik oleh British. Cadangan dibuat untuk menjamin kepentingan rakyat tempatan di Tanah Melayu. Walau bagaimanapun, cadangan itu ditolak oleh British. Bagi menyatakan rasa tidak puas hati mereka, Perikatan telah memulaukan semua Majlis Mesyuarat Kerajaan di peringkat tempatan, negeri, dan persekutuan. Malah tindakan mereka turut mendapat sokongan rakyat. Sehubungan itu, British kemudiannya menerima dari segi prinsipnya bahawa keanggotaan Majlis Perundangan Persekutuan hendaklah ahli yang dipilih oleh rakyat lebih daripada ahli yang dilantik. Malangnya, Perikatan masih meneruskan pemulauan kerana tidak bersetuju dengan keputusan British.
British akhirnya bertolak ansur dengan menetapkan keanggotaan Majlis Perundangan Persekutuan seramai 98 orang. Pecahannya adalah seperti berikut:
(i) Lima puluh dua orang dipilih oleh rakyat menerusi pilihanraya dengan seorang dilantik menjadi speaker.
(ii) Tiga orang ahli dilantik kerana jawatan, iaitu Ketua Setiausaha, Peguam Negara dan Setiausaha Kewangan.
(iii) Sebelas orang dipilih mewakili negeri.
(iv) Dua puluh dua orang dipilih untuk mewakili berbagai golongan dan pertubuhan.
(v) Tiga dipilih mewakili kaum minoriti seperti Orang Asli, Serani dan Ceylon.
(vi) Tujuh ahli dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi, setelah berunding dengan parti yang mempunyai majoriti.
Pada bulan Julai 1954, Perikatan telah menyatakan persetujuan mereka berhubung dengan cadangan British. Pilihanraya Persekutuan akhirnya ditetapkan pada 27 Julai 1955.
Sementara itu, parti Perikatan menjadi semakin kukuh lagi dengan penyertaan Parti MIC pada tahun yang sama. Tahun 1955 merupakan tahun yang paling penting dalam perkembangan politik tanah air kerana ia merupakan kali yang pertama diadakan Pilihanraya Persekutuan bagi seluruh Tanah Melayu. Tiga buah parti politik yang mewakili tiga kaum terbesar di Tanah Melayu telah bersetuju bergabung dan bertanding dalam pilihanraya tersebut bagi membentuk sebuah parti, iaitu Perikatan.
Parti Perikatan telah meletakkan calon-calon bagi kesemua 52 kerusi. Manakala Parti Negara di bawah pimpinan Dato’ Onn Jaafar pula mempertandingkan 33 buah kerusi, PAS 11 kerusi dan 18 orang calon bebas juga turut bertanding (lihat Jadual 1). Jika ditinjau daripada jumlah pengundi dan pembahagian kerusi, 84.2 peratus adalah pengundi Melayu, 11.2 peratus adalah pengundi Cina 11.2 peratus dan 3.9 peratus adalah pengundi India, menunjukkan kelebihan yang besar bagi pengundi Melayu. Walaupun begitu, hasil daripada permuafakatan yang wujud, UMNO telah berkompromi dengan MCA dan MIC dengan membahagikan hanya 35 kerusi (69 peratus), MCA 15 kerusi (28 peratus) dan MIC dua kerusi (tiga peratus) (lihat Jadual 2). Jelaslah bahawa dalam pembahagian kerusi tersebut terdapat unsur tolak ansur bangsa Melayu khususnya UMNO dengan kaum lain.
Dari segi jumlah pengundi di Tanah Melayu ketika itu, sebenarnya peruntukan kerusi yang diberi kepada MCA dan MIC melebihi daripada jumlah yang sepatutnya diterima. Bilangan kerusi ini adalah tidak memadai berbanding dengan jumlah pengundi bangsa Melayu pada masa itu. Ini memandangkan 50 daripada 52 kawasan yang dipertandingkan adalah dikuasai oleh pengundi-pengundi Melayu. Barangkali UMNO mungkin boleh mencapai kemenangan dalam pilihanraya tersebut tanpa adanya sokongan daripada MCA dan MIC. Kenapa timbul kenyataan sedemikian?
Sebenarnya, 80 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi telah dimenangi oleh UMNO, manakala 20 peratus lagi dimenangi oleh parti-parti lain yang bertanding. Ini menunjukkan bahawa Perikatan yang diwakili oleh orang Melayu telah membuat pengorbanan yang besar demi perpaduan masa depan negara. Pengorbanan yang dimaksudkan ialah kesudian orang Melayu yang diwakili oleh UMNO membahagikan sejumlah kerusi untuk dipertandingkan dalam pilihanraya ini kepada kaum Cina dan India yang mempunyai peratus pengundi kurang daripada 20 peratus.
Pada keseluruhannya, Perikatan berjaya memperolehi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Daripada 51 kerusi yang dimenangi, UMNO memperolehi sejumlah 35 kerusi, MCA 15 kerusi dan MIC dua kerusi. Manakala satu kerusi lagi dimenangi oleh Parti PAS di kawasan Kerian, Perak.11
Pilihanraya 1955 menandakan bahawa proses mewujudkan demokrasi berparlimen telah menampakkan kejayaan berdasarkan kepada penyertaan parti-parti politik yang bertanding. Jika ditinjau mengenai faktor kemenangan Perikatan, jelas menunjukkan bahawa keistimewaannya terletak bukan sahaja kepada kepimpinan dan kerjasama antara pelbagai kaum, tetapi yang tidak kurang pentingnya ialah kerana Perikatan mempunyai manifesto yang menyeluruh kepada penduduk Tanah Melayu. Moto Perikatan ialah ‘Menuju Ke arah Kemerdekaan’. Di samping itu, beberapa janji yang lain ialah
(i) Pemerintahan berdasarkan demokrasi berparlimen.
(ii) Bahasa Melayu dan sebagai bahasa kebangsaan.
(iii) Agama Islam sebagai agama rasmi.
(iv) Melindungi dan mengekalkan institusi beraja Melayu.
(v) Mengubahsuai undang-undang kerakyatan.
(vi) Peningkatan taraf ekonomi Melayu.
(vii) Menjalinkan hubungan antarabangsa.
(viii)Hak asasi manusia.
(ix) Sistem pendidikan kebangsaan.
(x) Kemerdekaan diperoleh dalam tempoh empat tahun.
Kabinet Pertama Persekutuan Tanah Melayu
Ketua Menteri dan Menteri Dalam Negeri
Tunku Abdul Rahman
Menteri Pelajaran
Dato’ Abdul Razak Hussein
Menteri Hasil Bumi
Dr. Ismail A. Rahman
Menteri Pengangkutan
Kolonel H.S. Lee
Menteri Tanam-Tanaman
Abdul Aziz Ishak
Menteri Kesihatan
Leong Yew Koh
Mengeri Buruh
V.T. Sambanthan
Menteri Kerja Raya
Sardon Jubir
Menteri Kerajaan Tempatan & Perumahan
Sulaiman Abdul Rahman
Menteri Perhubungan, Pos dan Telekom
Ong Yoke Ling
Kemenangan Perikatan telah memberikan peluang untuk mempunyai bilangan wakil yang besar dalam Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan dan seterusnya membolehkan mereka menubuhkan sebuah kerajaan melalui keanggotaan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan. Kabinet yang pertama berjaya dibentuk seperti yang tertera di dalam Jadual 3. Sementara itu, portfolio yang lain seperti Kewangan, Hal Ehwal Luar, dan Pertahanan masih dipegang oleh pegawai British.
Kesedaran Nasionalisme 1942
1. Golongan Berpendidikan Agama
Aliran reformis Islam atau Gerakan Islah Islam turut dikenali sebagai Kaum Muda. Aliran ini dipelopori oleh golongan reformis Islam berpendidikan Arab. Antara tokoh pemimpin Kaum Muda yang termasyhur ialah Sheikh Tahir Jalaluddin, Syed Sheikh Ahmad al-Hadi, Hj. Abbas Mohamad Taha dan Sheikh Muhamad Salim al-Kalali.
Mereka mendapat inspirasi dari Gerakan Reformis Islam Timur Tengah yang diasaskan oleh Sheikh Muhammad Abduh dan Sayid Jamaluddin al-Afghani yang tersebar dalam Majalah Al-Manar di Kaherah pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20.
Sekembalinya ke Tanah Melayu mereka mula menyampaikan ajaran Sheikh Muhammad Abduh dan konsep pan-Islamisme melalui akhbar Al-Imam yang diterbitkan di Singapura pada 22 Julai 1906. Al-Imam memainkan peranan penting sebagai saluran terawal perjuangan Kaum Muda.
Matlamat perjuangan Kaum Muda ialah ingin mengembalikan dan menegakkan kesucian agama Islam, menyeru orang Melayu bangkit dari kemunduran, memulihkan kepincangan sosio-ekonomi dengan cara kembali kepada ajaran Islam sebenar berpandukan al-Quran dan hadis.
Kaum Muda memperjuangkan beberapa pembaharuan demi kemajuan orang Melayu. Ini termasuklah gesaan agar Raja dan pembesar Melayu menjaga kepentingan, memajukan pendidikan dan sosio-ekonomi orang Melayu. Mereka menganjurkan sistem pendidikan agama dan pendidikan moden yang merangkumi pelbagai mata pelajaran akademik, menggalakkan penggunaan perkhidmatan bank dan syarikat kerjasama, penyertaan kaum wanita dalam pendidikan moden dan aktiviti kemasyarakatan, memurnikan cara hidup orang Melayu daripada kepercayaan tahyul dan khurafat serta amalan-amalan bidaah yang menghalang kemajuan.
Selain al-Imam, perjuangan Kaum Muda juga disebarkan melalui beberapa akhbar dan majalah lain iaitu Neracha, al-Ikhwan, Idaran Zaman dan Saudara.
Kaum Muda juga bergiat cergas dalam perbincangan-perbincangan agama dan aktiviti dakwah di sekolah-sekolah agama, madrasah dan masjid. Pada tahun 1907, Kaum Muda telah membantu menubuhkan Madrasah al-Ikbal al-Islamiyah di Singapura, diikuti beberapa madrasah lain di seluruh Tanah Melayu seperti Madrasah al-Hadi di Melaka (1915), Madrasah al-Masyhur di Pulau Pinang (1926), Madrasah Muhammadiah di Kota Bharu, Kelantan (1917) dan Sekolah al-Diniah, Padang Rengas, Perak (1925).
Puisi, cerpen dan novel juga diterbitkan untuk membangkitkan semangat kebangsaan. Syed Sheikh Ahmad al-Hadi misalnya telah menerbitkan beberapa karyanya seperti novel ‘Hikayat Faridah Hanum’ dan ‘Agama Islam dan Akal’. Melalui karyanya beliau memperjuangkan emansipasi wanita dan menggesa muda mudi Islam melengkapkan diri dengan tuntutan dunia moden. Omar Mustaffa telah menulis puisi dalam Utusan Melayu untuk menggesa orang Melayu supaya rajin bekerja dan menyaingi kaum pendatang.
Perjuangan Kaum Muda mula merosot pada tahun-tahun 1920-an. Pergerakan nasionalisme ketika itu mula diambil alih oleh golongan sekular berpendidikan Melayu. Pada umumnya, perjuangan Kaum Muda gagal mewujudkan satu pergerakan massa dalam kalangan orang Melayu. Ini kerana perjuangan mereka mendapat tentangan hebat terutamanya dari Kaum Tua dan pihak British.
Kaum Tua terdiri daripada golongan ulama konservatif dan pegawai agama yang berpegang kuat kepada adat dan enggan menerima idea islah Kaum Muda. Kaum Tua menerbitkan akhbar Suara Benar dan Lidah Benar untuk menentang idea Kaum Muda.
Gerakan Islah hanya dapat berkembang di Negeri-negeri Selat kerana undang-undang telah dikuatkuasakan di Negeri-negeri Melayu yang menghalang kegiatan dakwah Islam tanpa kebenaran Sultan dan menghalang penyebaran risalah dan buku-buku Kaum Muda.
Walau bagaimanapun perjuangan Kaum Muda tetap memberi sumbangan penting terutamanya merintis kebangkitan nasionalisme Melayu sebelum Perang Dunia Kedua. Kaum Muda telah berjaya membangkitkan kesedaran kebangsaan dan memperjuangkan isu kemunduran orang Melayu berbanding kaum-kaum lain.
2. Golongan Berpendidikan Melayu
Akibat daripada tekanan politik, ekonomi, kaum pendatang asing serta kemunculan golongan berpendidikan Melayu dan Inggeris telah membawa kepada kemunculan golongan nasionalis berfahaman sekular di Tanah Melayu pada pertengahan tahun 1920-an.
Pembukaan Maktab Perguruan Sultan Idris (1922) di Tanjung Malim telah melahirkan golongan berpendidikan Melayu yang menitikberatkan keadaan sosio-ekonomi orang Melayu. MPSI telah menjadi tempat perkembangan kesedaran orang Melayu.
Perjuangan golongan ini bersifat sederhana dan bertoleransi dengan pemerintah Inggeris. Kebanyakan mereka merupakan lepasan Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan Raffles Intitution, Singapura. Antara tokoh pentingnya termasuklah Raja Chulan, Dato’ Abdullah Haji Dahlan, dan Mohammad Eunos Abdullah.
Perjuangan golongan ini memberi tumpuan kepada kedudukan sosial dan ekonomi orang Melayu. Mereka berusaha untuk mendapatkan peluang yang lebih kepada orang Melayu berkhidmat dalam perkhidmatan awam serta peluang melanjutkan pelajaran ke luar negara khususnya Britain.
Dalam tahun 1926, Mohd Eunos Abdullah dengan bantuan Tengku Abdul Kadir dan Embok Suloh telah menubuhkan parti separuh-politik iaitu Kesatuan Melayu Singapura (KMS). Fokus perjuangan KMS adalah untuk memperbaiki kedudukan sosio-ekonomi orang Melayu.
Persaudaraan Sahabat Pena telah ditubuhkan pada tahun 1934 juga merupakan pertubuhan kebajikan sosial bagi memperjuangkan kedudukan sosio-ekonomi orang Melayu. Isu-isu sosial, ekonomi dan politik orang Melayu juga dibangkitkan dalam akhbar seperti Pengasuh, Idaran Zaman, dan Lembaga Melayu.
Dalam tahun-tahun 1920-an juga telah muncul golongan nasionalis radikal Melayu yang merupakan pelajar-pelajar yang menuntut di Kaherah, Mesir. Mereka telah menerbitkan majalah Seruan Azhar (1925-1928) dan Pilihan Timur. Golongan ini memperjuangkan konsep penyatuan Tanah Melayu dengan Indonesia dan nasionalisme anti-penjajah. Doktrin perjuangan mereka telah mempengaruhi sebilangan penuntut di MPSI.
3. Golongan Berpendidikan Inggeris
Desakan oleh kaum asing terutamanya orang Cina menuntut hak-hak yang sama dengan orang Melayu dan kegiatan komunis dalam kalangan orang Cina membimbangkan orang Melayu.
Kontroversi mengenai isu pengagihan kuasa pusat dalam tahun-tahun 1920-an dan kemelesetan ekonomi dunia (1929-1933) yang menekankan masalah kemunduran ekonomi orang Melayu telah mengakibatkan kesedaran dalam kalangan orang Melayu untuk melindungi hak-hak mereka.
Perangan China-Jepun yang bermula tahun 1937 dan pemulauan barang-barang Jepun oleh penduduk Cina di Tanah Melayu juga mengukuhkan kesedaran politik orang Melayu. Di samping itu perkembangan kegiatan komunis dalam kalangan penduduk Cina di Tanah Melayu turut meningkatkan kebimbingan orang Melayu.
Perkembangan ini mendorong pemimpin-pemimpin aristokrat berpendidikan Inggeris untuk menubuhkan beberapa persatuan kenegerian bersifat separa-politik bagi memperjuangkan konsep "Tanah Melayu Untuk Orang Melayu".
Persatuan Melayu Perak diasaskan pada tahun 1937, diikuti dengan Persatuan Melayu Pahang, Selangor, Negeri Sembilan pada tahun berikutnya manakala Persatuan Melayu Kelantan pada tahun 1939.
Persatuan-persatuan negeri ini telah menganjurkan Kongres Melayu Tanah Melayu dalam tahun-tahun 1939 dan 1940 dengan tujuan memupuk perpaduan Melayu. Bagaimanapun usaha tersebut tergendala akibat serangan Jepun ke atas Tanah Melayu dalam tahun 1941.
Dalam tahun 1938 golongan nasionalis radikal berpendidikan Melayu di bawah pimpinan Ibrahim Hj Yaakob dan Ishak Hj. Muhammad telah menubuhkan Kesatuan Melayu Muda (KMM) sebuah pertubuhan politik bersayap kiri. Pemimpin lain termasuklah Onan Hj. Siraj, Abdul Karim Rashid, Hj. Othman Abdullah, Hassan Manan dan Ahmad Boestamam.
Kebanyakan ahlinya terdiri daripada wartawan dan penuntut Maktab Perguruan Sultan Idris, Sekolah Pertanian Serdang, dan Sekolah Teknikal, Kuala Lumpur. KMM dipengaruhi oleh gerakan nasionalisme Indonesia yang memperjuangkan kemerdekaan bersama Tanah Melayu dan Indonesia menerusi konsep "Indonesia Raya" atau "Melayu Raya".
KMM telah mengembangkan idea-idea politik mereka melalui akhbar Warta Malaya dan Majlis untuk menyebarkan perasaan anti-Inggeris dan membangkitkan semangat kebangsaan dalam kalangan orang-orang Melayu. Akibatnya seramai 100 orang ahli KMM termasuk Ibrahim Yaakob dan Ishak Hj. Muhammad telah ditangkap dan dipenjarakan oleh Inggeris pada akhir tahun 1941.
Secara keseluruhannya perjuangan KMM gagal mendapat sokongan orang Melayu kerana gerakannya dianggap terlalu radikal manakala konsep penyatuan Tanah Melayu dengan Indonesia dianggap terkehadapan dan belum dapat diterima. Mereka juga gagal menyatakan taat setia kepada raja-raja Melayu serta bersedia menggulingkan Inggeris secara kekerasan dengan melancarkan revolusi. Sikap KMM yang anti-birokrasi juga menyebabkan pertubuhan itu sukar mendapat sokongan golongan birokrat yang mempunyai pengaruh kuat dalam masyarakat.
Faktor Kebangkitan Perjuang Tanah Melayu
Layanan pihak Inggeris yang tidak adil ini disedari oleh orang-orang Melayu ini membangkitkan rasa tidak puas hati terhadap pentadbiran Inggeris. Kesedaran ini menyebabkan segolongan orang Melayu mula menjalanakan tindakan. Langkah pertama yang dilaksanakan ialah menyatukan orang-orang Melayu. Sikap percayakan diri sendiri, martabat dan darjat orang-orang Melayu yang tertindas mesti dipulihkan. Sikap ini dianggap sebagai kebangkitan semangat nasionalisme Melayu.
Pada awal abad ke-19 dan 20, banyak perubahan telah berlaku di Negeri-negeri Melayu terutamanya dengan adanya campur tangan kuasa asing iaitu Inggeris (Bristish). Pada asalnya penduduk Tanah Melayu hanya terdiri dan masyarakat Bumiputera sahaja. Sedikit demi sedikit penduduk Tanah Melayu bertukar corak menjadi masyarakat yang terdiri dari pelbagai kaum. Pihak Inggeris telah memperkenalkan sistem pemerintahan baru di Negeri-Negeri Melayu. Orang-orang British telah memainkan peranan yang besar dalam pemerintahan Negeri-negeri Melayu. Peranan ini semakin lama semakin kukuh. Pemerintah-pemerintah (sultan) dan pembesar-pembesar Melayu mendapati bahawa kuasa mereka disekat. Mereka semakin tunduk di bawah kuasa asing. Walaupun terdapat pembangunan ekonomi di Tanah Melayu pada awal abad ke-20, namun orang-orang Melayu tidak langsung menikmati faedahnya. Semua sistem perhubungan seperti jalan raya, landasan kereta api, hospital dan sekolah-sekolah hanya dibina di kawasan-kawasan yang ada kegiatan perdagangan orang-orang British. Kebanyakan kemudahan-kemudahan asas yang moden ini hanya ditempatkan di kawasan lombong bijih, ladang-ladang getah, di bandar dan di pelabuhan-pelabuhan. Pihak Inggeris tidak memberi perhatian yang sepatutnya untuk megubah corak kehidupan orang-orang Melayu terutamanya golongan petani.
landasan keretapi di bukit besi abad ke-19
Pada tahun 1942, semangat nasionalisme di kalangan orang-orang Melayu bertambah subur. Faktor-faktor luar memainkan peranan penting dalam pembangunan semangat nasionalisme di Tanah Melayu, iaitu:
1. Pengaruh dari Nasionalisme Flipina yang berjaya mengusir penjajah Sepanyol.
2. Perang Rusia-Jepun telah memberi kesan yang mendalam terhadap semangat orang-orang Melayu untuk bangkit menentang penjajahan kuasa Barat.
3. Pengaruh dari Gerakan Pemuda Turki yang berjaya menebus kembali imej Turki
4. Pengaruh dari tarekat Islam Indonesia yang telah berjaya membangkitkan semangat nasionalisme di Indonesia dan juga di Tanah Melayu.
Sungguhpun, semangat nasionalisme dan perjuangan orang Melayu di Tanah Melayu tidak begitu menonjol pada 1942, namun penglibatan golongan intelek Melayu amat ketara sekali.
Pengenalan Kumpulan
Nama Tajuk : Proses Kemerdekaan Tanah Melayu
Nama Pensyarah : Puan Noraini Binti Sulaiman
Kod Kursus : DUB1012 (PENGAJIAN MALAYSIA)
Kod Program/kelas : DAT 1B
Nama Ahli Kumpulan : Aina Farhah Binti Abdul Rahman (16 DAT 16F 1034)
Noor Syazwani Binti Rashid (16 DAT 16F 1036)
Siti Aisyah Binti Saad (16 DAT 16F 1037)
Noor Syazwani Binti Rashid (16 DAT 16F 1036)
Siti Aisyah Binti Saad (16 DAT 16F 1037)
Fatin Nurul Shafiqah binti Rossidi (16 DAT 16F 1038)
Umi Zahirah Binti Zarani (16 DAT 16F 1051)
Durka Letchumy Mallan (16 DAT 16F 1127)
Subscribe to:
Posts (Atom)